SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Sinar mula dibuka pada 4 Disember 1996. Sekolah ini dibina di atas bukit berukuran 6.7 hektar. Kawasan sekolah ini dilingkungi oleh kawasan perumahan di Lembah Segambut yang berjarak lebih kurang enam kilometer dari pusat Bandar Kuala Lumpur.Sekolah ini mula beroperasi dengan seramai 20 orang kakitangan akademik dan dua orang kakitangan bukan akademik di bawah pimpinan guru besar yang pertama iaitu Encik Ramli bin Amin. Bilangan pelajar yang mendaftar pada tahun pertama ialah seramai 243 orang murid dan 11 buah bilik darjah telah diwujudkan.  Pada 1 April 1997, warga Sekolah Kebangsaan Taman Seri Sinar telah menerima seorang guru besar baru iaitu Puan Norshaizah binti Mohd Yusof.Tanggal 1 Januari 1999, sekali lagi warga Sekolah Kebangsaan Taman Seri Sinar menerima seorang guru besar baru iaitu Encik Zainuddin bin Amran yang menggantikan Puan Norshaizah binti Mohd Yusof.  Seterusnya SK Taman Seri Sinar menerima guru besar baru iaitu En Osman bin Md Zain.  Namun kini, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Sinar adalah di bawah
Picture